Lawatan Pegawai Penyelidik Stesen Penyelidikan FRIM Jeli ke Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi

Satu perbincangan kolaborasi antara Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi dan Stesen Penyelidikan Forest Research Institute Malaysia (FRIM), Jeli telah berlangsung pada 17hb Januari 2024 di Bilik Mesyuarat Helianthus, FBKT.

Delegasi FRIM diwakili oleh Pegawai Penyelidik, En. Amir Saaifudin Kassim dan En. Dasrul Iskandar Darus dan disambut oleh YBhg Dekan FBKT, Timbalan Dekan Penyelidikan, Keusahawanan dan Pembangunan Pelajar, Ketua Jabatan Teknologi Bio dan Sumber Asli, Penolong Pendaftar Kanan dan pensyarah – pensyarah Program Teknologi Hutan.

Beberapa perkara utama yang telah diperbincangkan termasuklah kolaborasi penyelidikan, pengajaran dan pembelajaran serta jaringan industri dilihat mampu memberi manfaat kepada pihak FBKT, UMK dan FRIM. Semoga kerjasama ini terus utuh dan berkekalan.

Prof Madya ChM Ts Dr Nor Hakimin Bin Abdullah